• Latest Posts

    PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN 2013


    Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut  

    1. KETERANGAN PROGRAM   
    Nama Program:Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
    Jenis Ijazah:Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
    Mod Kursus:Sepenuh Masa      

    2. STRUKTUR PROGRAM   
    2.1 Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan / Dua (2) Semester 
    2.2 Program Ijazah Empat (4) Tahun / Lapan (8) Semester       

    3. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS   
    3.1 Warganegara Malaysia.   
    3.2 Umur   tidak   melebihi   20   tahun  pada   30 Jun 2013  iaitu  lahir  pada 

    atau selepas  30 Jun 1993.

    3.3 Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.   
    3.4 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.   
    3.5 Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran.     
    DAN  sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:   
           3.5.1    Bahasa Melayu 
           3.5.2    Sejarah
           3.5.3    Satu (1) mata pelajaran yang lain; 
                  serta
           3.5.4    lulus Bahasa Inggeris

    3.6 Memenuhi syarat  dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).       

    4. PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN   
    4.1Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)    
    4.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.     
    4.1.2 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama dua belas (12) bulan / dua (2)semester di institusi berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.     
    4.1.3 Calon mesti LULUS Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.        

    CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
    1. Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi.   
    2. Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.  
    3. Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.   
    4. Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau  tindakan mahkamah           

    CARA MEMOHON
    1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.   
    2. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi      mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.   
    3. Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja.  
    4. Permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.   
    5. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.      

    PERINGATAN
    Calon yang berjaya ditawarkan program ini dan didapati memalsukan maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menarik balik tawaran tersebut.      TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MAC 2013 (11:59 MALAM)    

    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728