• Latest Posts

    Rahsia


    Sekuat mana kita setia. Sehebat mana kita merancang. Sekeras mana kita bersabar. Sejujur mana kita menyayangi. Seikhlas mana kita berserah. Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersamanya kita tetap tidak akan bersamanya walaupun kita berusaha dan bersusah payah mencari jalannya. Saat hati berkata ingin Allah berkata tunggu. Saat air mata menitis namun Allah berkata tersenyumlah. Saat segalanya terasa sunyi dan membosankan teruslah melangkah. Kerana .. Kita hanya merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. Cintailah sewajarnya kerana orang yang kita cintai belum tentu jodoh kita nanti. Kadang yang kita nilai baik untuk kita belum tentu baik untuk Allah. Jodoh itukan rahsia Allah. Jika mahu mendapatkan yang soleh kurangkan agenda mencari yang soleh tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah janganlah cerewet mencari yang solehah tetapi berusahalah menjadi yang soleh. Asal cinta dari Allah. Perginya cinta dengan izin Allah. Hilangnya cinta atas kehendak Allah. Dicintai dan mencintai adalah anugerah dari Allah. 

    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728