• Latest Posts

    Destinasi Cinta


    Ya Allah, seandainya aku jatuh cinta lagi. Maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya hanya padaMu. Agar akan bertambah kekuatan pada diriku untuk terus mencintaiMu sepenuh jiwaku sehingga hujung nyawaku.
    Cinta tidak semestinya memiliki. Cukup sekadar melihat orang yang dicintai bahagia. Walaupun dia bukan lagi milik aku. Dahulu aku yang memilih dia. Aku yang memilih destinasi cinta itu. Dengan besar harapan yang terbuku di dada. Kasih yang selama ini ku damba, pergi begitu saja. 
    Hati telah membuat pilihan. Akan aku biarkan cintaku berlalu pergi. Kerana aku hanya ingin mengejar cinta Ilahi. Yang berlalu biarkan berlalu. Aku sesal kerana aku telah terjatuh di dalam lembah cinta yang tidak ingin rasanya ingin pergi. 
    Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana insan yang bergelar lelaki menyentuh dirinya walaupun dengan hatinya. Kerana Allah teramat mencintainya. Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah ingin menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita pada seeorang yang lebih banyak mengecewakan kita. 
    Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, maka Allah mahu mengambil kita untuk kembali dalam jagaanNya. Kekuatan usah ditunggu tetapi kita perlu mencarinya. Hargai diatas kesempatan yang Allah berikan. 



    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728