• Latest Posts

    Cinta punya rasa



    Tatkala bicara tentang cinta. Masing masing punya rasa yang tidak sama. Ada pahit yang sukar untuk dilafaz dan ada juga yang indah untuk digambarkan. Takut akan kehilangan rasa yang telah lama terbungkam. Terkadang membuatkan tamak haloba menjadi raja. 

    Kewujudan cinta tidak bisa dilihat tetapi cinta itu dapat dirasa. Cantik dan indahnya rasa cinta itu hanya pemiliknya yang mampu tafsirkan. Cinta tidak pernah keliru. Cinta tidak pernah salah. 

    Sifat cinta itu ingin menguasai. Mahu yang dikasihi hanya khusus untuk dirinya. Tidak mampu dikongsi dan menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Dalam pada masa menakluki ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

    Cinta boleh berputik dan kadang kala layu dan mungkin mekar mengikut kitaran masa. Yang paling penting ialah cinta tidak perlu ditanya. Cinta itu hidup dan sampai masanya ia akan mati. 




    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728