• Latest Posts

    Muara Hati


    Tidak terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat kakakcantik, Zatul Iffah bersama pasangannya yang telah berlangsung pada 8 September yang lalu. Berada di majlis itu, sangat teruja dengan persiapan yang telah dilakukan. Teruja melihat pelamin ala ala Fairy Tale style ! Nice sangat ! Dan saat tu rasa macam nak ikut jejak langkah kakakcantik je. Hee. 


    Taraaa ! Cantik tak? Nie malam angkat nikah. Berdebar degar la wahai sang hati menunggu majlis akad nikah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kakakcantik sah bergelar isteri. Tahniah kakakcantik + abangbambam ! Semoga ikatan yang terbina sehingga ke akhir hayat. Saya nak anak sedara banyak2 taw ! Harap kakakcantik bahagia sehingga ke akhir hayat kakak bersama cinta hati kakak.

    Terima kasih kakakcantik sebab bagi peluang saya menjadi pengapit yang sangat ohsem hari tue. Wink2 ! Tapi tak sempat bergambar. Im sorry !  Saya minta maaf sebab tak dapat bersama lebih lama kakak. Hati saya tidak cukup kuat. :)

    **************************************


    Buat kakakcantik saya ; 

    Kakak, 
    Saya tahu perkenalan kita hanyalah kebetulan. Dan kebetulan itulah yang membuatkan saya mengenal erti kasih sayang seorang kakak. Terima kasih kerana berkongsi kasih sayang seorang kakak untuk saya. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya tidak pernah berdendam dan sebaliknya bersyukur kerana itulah saya kenal dengan kakak. 

    Walaupun kita jarang berjumpa, tapi kakak selalu ada dalam hati saya. Kakak selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk mendengar isi hati saya. Kakak selalu memberi semangat dan nasihat kepada saya. Terima kasih kakak. Saya tidak mampu membalas semua itu kakak. Susah senang kakak tetap dengan saya. 

    Kakak, 
    Saya doakan kakak bahagia sehingga akhir hayat kakak. Jadilah isteri yang solehah. Dan dengan izin Allah, jadilah seorang ibu yang penyayang dan baik kepada bakal anakanak kakak nanti. AbangZam ! Jaga kakakcantik saya baikbaik taw! 

    Akhir kata, untuk kesekian kalinya, saya minta maaf, halalkan segalanya. Andai terkasar bahasa, maafkanlah saya. Saya tahu jauh di sudut hati kakak ada rasa yang tersembunyi. Maafkan saya kakak. Cuma satu yang tidak pernah berubah, "Saya sayang kakakcantik saya".




    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728