• Latest Posts

    ll Wanita Dibuang Kerja ; Histeria ll



    GEORGE TOWN: Seorang wanita didapati memandu dalam keadaan histeria sambil mengacukan pisau di lehernya di Jalan Delima 7, Taman Island Glades di sini awal hari ini.
    Pihak polis yang diberitahu mengenai perkara itu akhirnya memintas kereta berkenaan selepas mengejar hampir 20 minit.
    "Sebuah kereta peronda pada mulanya dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan dan polis cuba memujuknya supaya membuka pintu kereta tersebut, namun wanita itu enggan berbuat demikian sebaliknya terus memecut keretanya," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng.

    Wanita berusia 27 tahun itu juga dilihat meletakkan pisau dilehernya.

    Beliau berkata wanita berkenaan seperti berada dalam keadaan histeria dan memandu begitu laju sebelum polis berjaya memintas keretanya.

    Gan berkata hasil siasatan awal mendapati wanita itu baru sahaja dibuang kerja sebagai jurujual minyak kereta.

    Keadaanya dlaporkan masih tidak stabil dan sedang dirawat di Pulau Pinang. - Bernama



    ***********************************************************************************


    ll Selasa ; 5 Jun 2012 ll

    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728