Saya Juga Pandai BerFutsal !

Sibuk jugak walaupun tak pandai .. Mau turut serta Team UMNO Parlimen Lipis ..
Walaupun sudah tawu kemahiran entah di mana .. Hanya berbekalkan stamina yang ada ..
Cik Gadis juga turut serta menjayakan Kejohanan Futsal 1 Malaysia ..
Yang telah di adakan di Persint 18 Putrajaya pada 20 Jan hingga 22 Jan lepas ..
Sejumlah 444 pasukan yang mewakili 222 parlimen telah cuba beradu tenaga ..
Untuk bergelar juara sekaligus membawa pulang wang RM 20 000 bagi lelaki ..
Dan RM 10 000 bagi perempuan ..
Cukup lumayan ...
Maaf lah Parlimen Lipis ..
Disebabkan kekangan masa , kami telah diminta secara sukarela untuk mewakili Lipis ..
Walaupun pertama kali menyepak bola ..
Namun hati ini meronta untuk turut serta menimba pengalaman ..
Akhirnya ..
Kelima lima perlawanan kalah ..
Dan kami hanya membawa pulang kenangan ..
Bagi Cik Gadis ..
Pengalaman dan kenangan itu lebih berharga dan tidak dapat dibeli oleh wang ringgit ...
No comments
Post a Comment