Salahkah kalau . . ?

Orang berbudi , kita ? Berbahasa .. Tak rugi kalau kita buat baik dengan orang ..
Sesen pun kita tak rugi .. Malah dapat untung lagi .. PAHALA !
Nak cerita pasal apa nie ?
Cik Gadis nak kongsi satu pengalaman di sebuah supermarket ..
Cik Gadis bersama mak + ayah pergi membeli belah barangan keperluan dapur ..
Tempat : Kaunter pembayaran
Watak yang terlibat : MakTimah + Cashier ..
Bukan nak ajak mengumpat .. Bukan nak ajak mengata ..
Cuma ingin berpesan kepada semua dan juga kepada diri sendiri ..
Tak salah kalau kita cakap bebaik dengan orang ..
Dan tak rugi kalau kita hormat orang yang lebih tua ..
MakTimah : Ada kalendar ?
Cashier : Sat . **lalu mengeluarkan kalendar daripada laci , saiz yang sangat kecil .
MakTimah : Yang besar sikit tadak ?
Cashier : Lahh . Tu pun orang bagi . Ambik jela . Banyak songeh lak .
**dengan kasarnya
MakTimah pun berlalu meninggalkan kaunter selepas membayar ..
Cik Gadis yang menyaksikan situasi tu rasa membuak buak dalam hati ..
Salah atau berdosa ke kalau cashier tu cakap baik baik ?
MakTimah : Ada kalendar ?
Cashier : Sat . **lalu mengeluarkan kalendar daripada laci , saiz yang sangat kecil .
MakTimah : Yang besar sikit tadak ?
Cashier : Mintak maaf makcik . Yang ni ja ada . Nanti kalau ada yang besar kami bagi ye . Terima kasih ..
Haa ..
Kan manis tue walaupun muka agak gelap ..
**opppssss !
**********************************************
**Senyum itu sedekah !!
((^___^€))
No comments
Post a Comment