Mimpi Yang Tak Pasti .

Bila aku cuba melakar mimpi aku sendiri ..
Mimpi itu sering menghantui ..
Membayangi hari hariku ..
Sukar untuk aku mengerti erti mimpi yang ku rangka sendiri ..
Adakah mimpi itu akan menjadi realiti ?
Atau hanya fantasi yang menemani kala aku sunyi ..
Aku sering menantikan malam melabuhkan tirai ..
Agar aku dapat bertemu kamu dalam tidurku ..
Namun malam ini tidak seperti malam malam sebelumnya ..
Aku tidak dapat mendengar bait bait katanya sebelum aku tidur ..
Hanya pesanan ringkas yang berulang kali aku baca menemani malamku ..
Aku tahu .. Aku sudah buta ..
Buta kerana aku tidak mengerti akan hadirnya kamu hanya seketika ..
Bantulah aku mengerti dia ..
Jauhlah aku dari rasa ini ..
Aku tidak mampu lagi menanggung rasa ini lagi ..
Pergilah wahai sang mimpi ..
Kerana aku sendiri tidak pasti tentang mimpi itu ..
2 comments
pergilah wahai sang mimpi
(I like this)
kalaulah boleh halau mimpi tu jauh2 .
Post a Comment